Kelayakan Pensijilan Inspektor Profesional ACCT
Pensijilan Inspektor Professional direka untuk individu yang bekerja untuk perniagaan berlesen sah
yang diinsuranskan dengan betul untuk menawarkan Pemeriksaan Profesional dan Penerimaan
seperti yang diterangkan dalam Standard ANSI-ACCT 03-2019, Bab 1, Bahagian B.1.2.
Untuk layak menduduki Peperiksaan Pensijilan Inspektor Professional, anda perlu memastikan anda
memenuhi keperluan am berikut:
- Berkerja sebagai pekerja vendor litar kursus cabaran
- Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
- Mempunyai diploma sekolah tinggi, GED, atau setarafnya
- Dokumentasikan kemahiran, pengalaman, dan latihan untuk dianggap sebagai Orang
Kompeten berkenaan dengan keselamatan pekerja dan perlindungan jatuh - Mempunyai keupayaan untuk memeriksa elemen litar / struktur kursus cabaran mengikut
Piawaian (“standard”) ACCT- vi. Memenuhi keperluan visual
- Semua pemohon mesti lulus peperiksaan mata untuk memberikan bukti
ketajaman dekat dan jauh 20/30 atau lebih baik dengan atau tanpa kanta
pembetulan. - Semua pemohon mesti mengambil ujian persepsi warna. Pemohon yang
mengalami kekurangan persepsi warna (“deficiency”) mesti mengemukakan
surat akuan terima dan menyertakan pernyataan penyesuaian daripada
penyelia mereka sebelum ujian.
- Semua pemohon mesti lulus peperiksaan mata untuk memberikan bukti
- vi. Memenuhi keperluan visual
- Mesti menyediakan bukti insurans yang memenuhi keperluan semasa
seperti berikut:- Pemohon Inspektor Profesional mesti mempunyai sijil insurans yang
menunjukkan tanggungjawab profesional untuk perlindungan
minimum $1,000,000.00. Perkhidmatan profesional yang dilindungi
oleh Polisi Liabiliti Profesional mesti disertakan dalam perihalan
operasi sijil insurans. Perkhidmatan profesional mesti termasuk
pemeriksaan.- Sijil mesti bertarikh dalam masa 30 hari daripada permohonan.
- Sijil hendaklah menyenaraikan pemegang sijil:
-
- Association for Challenge Course Technology
- PO Box 19797
- Boulder, CO 80308
-
- Pemohon Inspektor Profesional mesti mempunyai sijil insurans yang
1 Pensijilan Inspektor Professional: Peringkat Permulaan
Mesti memenuhi semua Keperluan Am di atas dan mendokumenkan sekurang kurangnya berikut
dalam tempoh 36 bulan yang lalu.
Pekerjaan: Tempoh berkerja selama 365 hari atau lebih sebagai pekerja atau pemilik dalam industri Litar Kursus Cabaran. Sejarah pekerjaan terkini membantu dalam menunjukkan pemohon kekal terkini dengan pengetahuan dan perkembangan industri serta mengekalkan set kemahiran khusus yang diperlukan untuk memeriksa. |
Pengalaman: 75 hari pengalaman berkaitan pemeriksaan termasuk dan tidak terhad kepada perkara berikut: menjalankan latihan berkaitan pemeriksaan; terlibat dalam pemeriksaan litar / struktur kursus cabaran, pemasangan, penyelenggaraan dan/atau reka bentuk; menyelia inspektor lain, menguruskan jabatan pemeriksaan, dan berkhidmat pada entiti yang berkaitan dengan pemeriksaan |
Latihan: 40 jam latihan khusus untuk pemeriksaan. Ini juga mesti termasuk menghadiri Kursus Persediaan Pensijilan Inspektor ACCT selama 8 jam. |
Pemeriksaan: 12 Pemeriksaan Profesional yang mematuhi Standard ANSI/ACCT semasa pada masa pemeriksaan, dilakukan di bawah pengawasan orang yang berkelayakan (pemeriksaan mesti dilakukan sekurang-kurangnya tiga (3) lokasi atau litar kursus yang berbeza). |
Pengujian: Kelulusan peperiksaan pensijilan Professional Tahap 1 dengan sekurang-kurangnya 80%. |
Persijilan Inspektor Professioanal Tahap 2: Tahap Lanjutan
Mesti memenuhi semua Keperluan Am, Keperluan Tahap 1, dan mendokumenkan minima berikut
dalam tempoh 60 bulan yang lalu.
Pekerjaan: Tempoh berkerja selama 750 hari atau lebih sebagai pekerja atau pemilik dalam industri Litar Kursus Cabaran. Sejarah pekerjaan terkini membantu dalam menunjukkan pemohon kekal terkini dengan pengetahuan dan perkembangan industri serta mengekalkan set kemahiran khusus yang diperlukan untuk memeriksa. |
Pengalaman: 150 hari pengalaman berkaitan pemeriksaan termasuk dan tidak terhad kepada perkara berikut: menjalankan latihan berkaitan pemeriksaan; terlibat dalam pemeriksaan litar / struktur kursus cabaran, pemasangan, penyelenggaraan dan/atau reka bentuk; menyelia inspektor lain, menguruskan jabatan pemeriksaan, dan berkhidmat pada entiti yang berkaitan dengan pemeriksaan. |
Latihan: 72 jam latihan yang berkaitan dengan pemeriksaan, pemasangan, penyelenggaraan, dan/atau reka bentuk, di mana sekurang-kurangnya 48 jam hendaklah khusus untuk pemeriksaan. |
Pemeriksaan: 24 Pemeriksaan Profesional yang mematuhi Piawaian (“Standard”) ANSI/ACCT semasa pada masa pemeriksaan, di mana sekurang-kurangnya 16 telah dilakukan di bawah pengawasan orang yang berkelayakan (pemeriksaan mesti dilakukan di sekurang-kurangnya 3 lokasi atau litar kursus yang berbeza. |
Pengujian: Lulus Peperiksaan Pensijilan Professional Tahap 1 dan Tahap 2, masing-masing dengan sekurang-kurangnya 80%. Jika Inspektor kini disahkan sebagai Tahap 1, ujian Tahap 1 tidak perlu diambil semula. |
Pengendorsan Penyelia Professional
Pengesahan Penyelia adalah untuk individu yang mengawasi inspektor lain di syarikat mereka.
Pengesahan ini termasuk pemahaman amalan jaminan kualiti untuk syarikat yang menawarkan
pemeriksaan dan membenarkan hanya Inspektor Tahap 2 untuk menyelia pemeriksa perantis.
Pemohon mesti memenuhi syarat untuk Pensijilan Tahap 2.
Yuran Inspektor Professsional Tahap 1 dan Tahap 2
Bayaran permohonan | $125.00 USD |
Yuran Pemeriksaan Persijilan Inspektor Professional | $260.00 USD |
Yuran Kursus Persediaan Pensijilan Inspektor | $300.00 USD |
Yuran Pembaharuan Dokumen 2 Tahun Perakuan Inspektor | $220.00 USD |
Pilihan: Pengesahan Penyelia- Tahap 2 sahaja | $75.00 USD |
Klik Di Sini jika Anda Sedia Memohon
Polisi Bayaran Balik Pensijilan Inspektor ACCT
Yuran permohonan sebanyak $125 tidak boleh dikembalikan, jadi sila rujuk halaman kelayakan untuk mengesahkan anda mempunyai pengalaman yang betul sebelum anda menyerahkan permohonan. Yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan. Sila hubungi jabatan program di heather@acctinfo.org jika anda mempunyai soalan tambahan. Kursus persediaan pensijilan inspektor adalah tertakluk kepada dasar pembatalan/pemulangan yang sama seperti persidangan.