Memperbaharui Pensijilan Anda
Penyelenggaraan dan pembaharuan pensijilan ini diperoleh melalui gabungan pendidikan
berterusan, pengalaman kerja, dan ujian berkala semula. Sebaik sahaja anda menjadi Inspektor
Bertauliah ACCT, anda perlu memperbaharui pensijilan anda setiap dua tahun. Bergantung pada
rekod anda, keperluan pembaharuan anda akan berbeza. Semua pembaharuan memerlukan
dokumentasi yang dikemas kini (Peperiksaan Mata, Portfolio, Pengesahan Penyelia dan Insurans).
Pendidikan dan Pemeriksaan berterusan untuk didokumenkan dalam Portfolio setiap dua tahun:
Tahap 1 “In-House”, dan Tahap 2 “In-House” Inspektor/Monitor. 24 jam unit pendidikan berterusan (CEUs) atau 24 jam latihan formal yang diluluskan ACCT dan 4 pemeriksaan “In-House” (yang mana 2 adalah Pemantauan Dalaman Berkala) dalam tempoh pensijilan mereka selama dua tahun untuk mengekalkan pensijilan inspektor.
Tahap 1 Profesional, dan Tahap 2 Profesional. 32 jam unit pendidikan berterusan (CEUs) atau 32 jam latihan formal yang diluluskan ACCT dan 6 Pemeriksaan Profesional dalam tempoh pensijilan selama dua tahun untuk mengekalkan pensijilan inspektor.
Pembaharuan 2-Tahun:
Jika sudah dua tahun sejak anda diguji, anda perlu melakukan pembaharuan dokumen sahaja. Anda
perlu mengisi Permohonan Pembaharuan 2 Tahun dan memuat naik maklumat terkini anda.
Pembaharuan ini adalah untuk memastikan anda sentiasa mengikuti pemeriksaan dan keperluan
CEU suntuk pensijilan anda. Anda tidak perlu diguji untuk pembaharuan ini.
Permohonan Pembaharuan 2 Tahun
Pembaharuan 4-Tahun:
Setiap empat tahun, anda dikehendaki menduduki ujian untuk memperbaharui pensijilan anda. Anda perlu menyerahkan borang yang dikemas kini sejak pembaharuan 2 tahun anda, termasuk pemeriksaan dan keperluan CEUs untuk pensijilan anda dan lulus Peperiksaan Pensijilan Inspektor dengan sekurang-kurangnya 80%. Ujian - ujian ini tersedia secara berkala sepanjang tahun dalam pilihan di tapak maya.
Permohonan Pembaharuan 4 Tahun
Thank you to our incredible volunteers who help provide translations! If you notice anything that needs to be updated, please let us know.